6 SOALAN TENTANG POCA/ AKTA PENCEGAHAN JENAYAH
Pada posting saya yang terdahulu, saya ada berkongsi sedikit sebanyak di blog ini berkenaan prosedur melibatkan tahanan yang ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK). Kali ini saya berhasrat untuk menulis berkenaan dengan satu lagi undang-undang berbentuk preventif iaitu Akta Pencegahan Jenayah 1959.
Undang-undang preventif yang disebut di atas merujuk kepada
undang-undang yang membenarkan seseorang individu itu ditahan di Pusat Tahanan
tertentu dalam Malaysia, untuk sesuatu tempoh tanpa melalui proses pertuduhan
dan perbicaraan di Mahkamah.
b)
Akta Pencegahan Jenayah/POCA
1) Siapa kah yang boleh
ditahan dan/atau disiasat di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (“APJ”)?
· APJ pada dasarnya digubal bagi membanteras kegiatan
jenayah berat, gaduh dan kongsi gelap/gangsterisme yang dilakukan oleh
sekumpulan orang di dalam dan/atau luar negara sehingga menyebabkan ketakutan
terhadap orang awam.
2) Apakah prosedur
berikutnya selepas tangkapan di bawah APJ dibuat oleh pihak polis?
· Pihak polis hendaklah mengemukakan atau membawa
saspek/orang tahanan ke hadapan Majistret (Mahkamah) dalam tempoh 24jam dari masa tangkapan;
Permohonan Reman kali pertama
· Sebaik sahaja orang tahanan dibawa ke Mahkamah bagi
tujuan reman di bawah APJ, pegawai polis yang mengendalikan kes hendaklah
mengemukakan satu pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai
polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor di mana terkandung dalam
pernyataan bertulis tersebut, bahawa terdapat alasan-alasan munasabah untuk
mempercayai bahawa orang yang merupakan subjek suatu siasatan ialah anggota
mana-mana kategori yang boleh didaftarkan.
Selepas
itu, Majistret hendaklah mengarahkan reman ke atas saspek tersebut selama 21
hari.
Permohonan Reman kali kedua
· Sekiranya saspek tidak dibebaskan dalam tempoh 21
hari sepertimana disebut di atas, ini secara langsung menunjukkan bahawa pihak
berkuasa berhasrat untuk meneruskan siasatan lebih lanjut mengenai penglibatan
saspek dalam jenayah di bawah APJ. Namun bagi melaksanakan prosedur seterusnya
ke atas saspek, pihak polis sekali lagi hendaklah membawa saspek tersebut ke
Mahkamah bagi tujuan permohonan reman kali kedua.
· Namun kali ini pihak polis dan/atau timbalan
pendakwaraya hendaklah mengemukakan dua (2) pernyataan bertulis seperti berikut:-
i)
Pernyataan bertulis ditandatangani oleh seorang pendakwaraya dimana
terkandung bahawa beliau berpendapat terdapat bukti bukti yang mencukupi untuk mewajarkan
satu inkuiri dijalankan ke atas saspek;
ii)
Pernyataan bertulis ditandatangani oleh seorang Pegawai Polis yang
berpangkat tidak rendah dari Assistant Superitendant dimana terkandung bahawa inkuiri
akan dijalankan ke atas saspek;
·
Sekiranya prasyarat di atas dipenuhi maka Majistret hendaklah
mengarahkan reman ke atas saspek tersebut selama 38 hari.
OLEH YANG DEMIKIAN TEMPOH REMAN MAKSIMUM REMAN DIBAWAH APJ YANG
DIBENARKAN UNDANG UNDANG ADALAH SELAMA 59 HARI
3) Adakah saspek boleh
dijamin dan/atau dibebaskan dalam tempoh tahanan reman.
·
Saspek yang ditangkap dan kemudian direman di bawah APJ tidak mempunyai
sebarang hak untuk ditawarkan sebarang jaminan sepanjang siasatan dijalankan
NAMUN sekiranya sepanjang siasatan dijalankan, pihak Polis berpendapat bahawa
saspek tersebut tidak terlibat dalam jenayah di bawah APJ, saspek tersebut
boleh dIbawa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen untuk dibebaskan dengan prasyrat
berikut:-
i)
Pernyataan bertulis ditandatangani oleh seorang Pegawai Polis yang
berpangkat tidak rendah dari Assistant Superitendant dimana terkandung bahawa inkuiri
tidak akan dijalankan ke atas saspek;
NAMUN harus diingatkan bahawa pembebasan yang
disebut di atas bukanlah MUTLAK, sebaliknya pihak polis boleh membuatkan
permohonan agar dikenakan satu bon kehadiran ke atas saspek yang dibebaskan
dalam tempoh 51 hari ataupun saspek dikenakan pengawasan polis dalam tempoh 38
hari.
·
Sekiranya saspek tersebut dibebaskan dengan bon kehadiran ataupun
dibawah pengawasan polis maka saspek tersebut hendaklah dipasag peranti “electronic
monitoring device” “EMD” supaya pergerakan saspek tersebut dapat dipantau oleh
pihak berkuasa.
[Posting ini tidak menyentuh berkenaan syarat
pemakaian EMD]
4) Siapa kah yang
menjalankan siasatan/inkuri ke atas saspek?
· Harus diingatkan bahawa berbeza dengan siasatan kes
kes jenayah dimana secara amnya siasatan
hanya dijalankan oleh agensi PDRM sahaja NAMUN siasatan dibawah tangkapan APJ
dijalankan oleh 2 pihak iaitu Pegawai Penyiasat dari PDRM dan Pegawai Inkuri
dari Kementerian Dalam Negeri.
· Undang undang telah menetapkan bahawa Pegawai
Inkuri tidak boleh dilantik dikalangan mana mana anggota/Pegawai Polis.
·
Pegawai Penyiasat dari PDRM dan Pegawai Inkuri dari Kementerian Dalam
Negeri akan mengemukakan laporan siasatan berkenaan saspek/subjek ke pihak
Lembaga Pencegahan Jenayah (“Lembaga”) bagi menentukan samada saspek tersebut
harus didaftarkan atau pun tidak.
Harus diingatkan keputusan muktamad untuk menentukan bahawa
subjek/saspek harus didaftarkan atau pun tidak terletak di pihak Lembaga dan
bukan pihak lain. Walaupun terdapat dapatan yang dibuat oleh Pegawai Inkuri
bahawa saspek/subjek tidak harus didaftarkan, pihak Lembaga mempunyai kuasa di
bawah undang undang untuk tidak mengikut syor tersebut dan memutuskan
sebaliknya.
5) Sekiranya saspek/sabjek
tersebut didaftarkan, adakah saspek tersebut boleh dibebaskan?
· Secara amnya terdapat 2 bentuk “hukuman” terhadap
sabjek yang telah didaftarkan iaitu Pengawasan ATAU Tahanan;
a) Pengawasan
·
Tiada kebebasan mutlak diberikan kepada saspek/sabjek yang telah
didaftarkan di bawah APJ, sebaliknya pelbagai syarat yang harus dipatuhi oleh
subjek di bawah Pengawasan.
·
Pengawasan boleh berkuatkuasa tidak melebihi 5 tahun dan
subjek hendaklah tinggal di kawasan sepertimana ditetapkan oleh pihak Lembaga
dengan syarat syarat tambahan.
b) Tahanan
·
Suspek/sabjek boleh ditempatkan di Pusat Tahanan dan ditahan untuk
tempoh tidak melebihi 2 tahun;
· Sekiranya tempoh 2 tahun diatas hampir tamat, pihak
Lembaga mempunyai kuasa untuk melanjutkan lagi tempoh tahanan untuk tempoh 2
tahun;
*Posting ini tidak menyentuh berkenaan Perintah Penggantungan Tahanan
6) Adakah subjek/orang
tahanan mempunyai hak untuk membela diri?
·
Bagi sabjek yang ditahan selama 2 tahun,sabjek mempunyai hak untuk
mengemukakan representasi bagi merayu dan/atau mencabar perintah tahanan yang
dikeluarkan namun adalah disarankan pada peringkat ini sabjek diwakili oleh
Peguambela yang berpengalaman dalam mengendalikan kes melibatkan undang undang
preventif.
*Posting ini tidak menyentuh berkenaan permohonan Semakan Kehakiman dan
Habeas Corpus di Mahkamah.
Sekiranya para pembaca mempunyai sebarang soalan berkaitan posting kali
ini, sila majukan soalan di email berikut muhammadfarhanco@gmail.com.
Untuk pertanyaan lanjut dan temujanji berkenaan topik ini boleh hubungi
pejabat kami di talian 052411188. Sekian
Tarikh 3.5.2021
Ditulis oleh:
Farhan Fadzil
Peguambela & Peguamcara
Tetuan Matthews Farhan & Co.
E-1-3, Jalan Dato Seri Ahmad Said
Greentown Square
30450 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Comments
Post a Comment