TAHANAN LLPK

Secara prinsipnya, seseorang hanya boleh dipenjarakan di Penjara apabila Mahkamah telah
mendapati seseorang itu bersalah untuk kesalahan yang dituduh. (bergantung kepada kesalahan dalam pertuduhan)

Namun di negara kita, terdapat juga satu bentuk undang-undang di mana, seseorang boleh "ditahan" untuk tempoh 2 tahun di "penjara" tanpa dibicarakan di Mahkamah. Undang-undang tersebut yang dimaksudkan adalah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas), 1985 ("LLPK").

(Posting ini tidak memperincikan kuasa Menteri untuk melanjutkan perintah tahanan selama 2 tahun selepas tahanan 2 tahun yang asal tamat)

Dalam proses perbicaraan di Mahkamah untuk kes-kes jenayah, beban pembuktian terletak di bahu pihak Pendakwaan pada tahap melampaui keraguan yang munasabah untuk membuktikan orang yang dituduh bersalah di atas  kesalahan yang dituduh.

Berbeza dengan kesalahan yang disiasat di bawah LLPK, sekiranya seseorang itu didapati terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah berbahaya berdasarkan siasatan pihak polis dan juga pegawai Kementerian Dalam Negeri, seseorang itu boleh ditahan untuk tempoh 2 tahun atas arahan Menteri Kementerian Dalam Negeri. Dalam erti kata lain Menteri mempunyai kuasa dan kata putus samaada seseorang itu perlu ditahan untuk tempoh 2 tahun dan bukan pihak Mahkamah.

Posedur Siasatan Sebelum Perintah Tahanan dikeluarkan oleh Menteri

1. Untuk tujuan siasatan seseorang itu boleh ditahan selama 60 hari selepas tangkapan oleh pihak polis. (Butiran terperinci berkenaan prosedur tahanan selama 60 hari ini tidak diperincikan dalam post ini)

2. Berbeza dengan hak hak saspek yang digariskan dalam Kanun Acara Jenayah bagi kes jenayah-jenayah biasa, sesorang yang disiasat di bawah LLPK terikat untuk menjawab semua soalan yang diajukan oleh Pegawai Penyiasat.

3. Selain daripada siasatan yang dijalankan oleh pihak polis seseorang itu juga akan disiasat oleh Pegawai Siasatan dari Kementerian Dalam Negeri ("KDN") berkenaan dengan aktiviti-aktiviti pengedaran dadah.

4. Berbeza dengan dengan prosedur di Mahkamah yang secara amnya menggunakan panduan Akta Keterangan 1950 dalam meneliti samaada sesuatu bukti yang dikemukakan boleh diterima atau pun tidak, Pegawai Siasatan boleh menerima apa-apa bentuk bukti walaupun kebolehterimana bukti tersebut bertentangan dengan undang-undang yang lain, bagi menyiasat samada terdapat alasan yang munasabah orang yang ditahan itu terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah berbahaya.

5. Selepas selesai siasatan yang dinyatakan dalam perenggan-perenggan di atas, laporan lengkap penyiasatan dari pihak polis dan laporan pegawai siasatan dari KDN akan majukan laporan-laporan tersebut kepada Menteri.Setelah Menteri menimbangkan laporan-laporan tersebut  dan berpuas hati seseorang itu terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah berbahaya, maka Menteri boleh mengarahkan orang itu ditahan untuk tempoh 2 tahun dan mengeluarkan Perintah Tahanan.

(Butiran terperinci berkenaan prosedur laporan diserahkan kepada Pegawai Siasatan KDN dan Menteri tidak diperincikan dalam post ini)

Dimana orang tahanan ditahan.

1. Tempat orang tahanan ditempatkan dinyatakan dalam Perintah Tahanan yang dikeluarkan Menteri.

(Butiran terperinci berkenaan prosedur Perintah Tahanan diserahkan dan/atau dibacakan kepada orang tahanan tidak diperincikan dalam post ini)

2. Diantara tempat-tempat tahanan yang menempatkan orang tahanan di bawah LLPK adalah:-

Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah Perak, Pusat Pemulihan Akhlak Machang Kelantan, Pusat Pemulihan Akhlak Muar Johor, Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam Johor.
(Alamat penuh alamat pusat tahanan terdapatdi:- http://www.prison.gov.my/images/carta/ppa.htm)

Bolehkah orang tahanan dilepaskan awal dari Pusat Tahanan?

1. Sebaik sahaja orang tahanan diberikan Perintah Tahanan, beliau diberikan hak di bahawa undang-undang LLPK untuk mengemukakan representasi kepada Lembaga Penasihat.

2. Adalah disarankan pada peringkat ini orang tahanan menggunakan khidmat Peguam untuk mencabar Perintah Tahanan tersebut dihadapan Lembaga Penasihat sewaktu proses represnetasi berlangsung.

Butiran terperinci berkenaan prosedur Representasi, panggilan saksi-saksi sewaktu representasi tidak diperincikan dalam post ini)

3. Lembaga Penasihat yang mendengar representasi mempunyai kuasa untuk melaporkan kepada Menteri untuk membatalkan tahanan tersebut dan Menteri haruslah menuruti saranan lembaga Penasihat dalam laporan tersebut.

Sekiranya selepas representasi, Perintah Tahanan 2 tahun masih kekal, bolehkah orang tahanan mencabar Perintah Tahanan?

1. Sekiranya representasi di Pusat Pemulihan Akhlak masih gagal, dan orang tahanan masih mahu mencabar perintah tahanan 2 tahun, disarankan agar orang tahanan atau keluarga melantik Peguam yang berpengalaman membuat permohonan di Mahkamah Tinggi agar Mahkamah mengeluarkan satu Writ Habeas Corpus atas perlanggaran hak di bawah Perlembagaan Persekutuan dan ketidakpatuhan prosedur LLPK.





Nota Kaki:-
*Posting ini hanya menyentuh mengenai Perintah Tahanan dan tidak Perintah Sekatan
*Posting ini tidak menyentuh kuasa Menteri sepertimana yang diperuntukkan dalam Undang-undang LLPK
* Posting ini tidak meliputi permohonan semakan kehakiman yang boleh dibuat di Mahkamah.
*Apa-apa soalan boleh  berhubung terus dengan admin di talian 0123180967

18.4.2021[updated]
-PaanDaBoss-

Popular Posts