Perjalanan Kes 39B Akta Dadah Berbahaya di dalam Mahkamah.

Artikel kali ini saya ingin menyentuh dan berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai Perjalanan Kes 39B di Mahkamah. Seksyen 39B merupakan satu peruntukan dalam Akta Dadah Berbahaya bagi kesalahan PENGEDARAN DADAH. Sebelum pindaan undang undang pada tahun 2017 hukuman yang termaktub hanya satu iaitu HUKUMAN GANTUNG di leher sampai mati. Namun susulan daripada pindaan TERSEBUT, mahamah mempunyai kuasa untuk menghukum pengedar dadah dengan HUKUMAN MATI atau PEMENJARAAN SEUMUR HIDUP.

https://www.malaysiakini.com/news/403021

Sengaja saya meletakkan permulaan tajuk di atas dengan perkataan "Perjalanan" dan bukannya "Prosedur" kerana saya tidak mahu mengupas setiap seksyen undang undang yang terlibat untuk mengelakkan pembaca berasa keliru dan bosan.

TANGKAPAN DAN REMAN

Sebaik sahaja saspek ditangkap dan di siasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, saspek boleh direman secara total 14 hari. Pihak Polis mempunyai kuasa untuk membuat permohonan reman pertama selama 7 hari. Sejurus selepas 7 hari pertama itu tamat pihak Polis mempunyai kuasa lagi untuk membuat Permohonan reman kedua tambahan 7 hari lagi.

TUDUH DI MAHKAMAH

Sekiranya sepanjang siasatan pihak polis dalam tempoh reman, pihak polis mendapati saspek tidak terlibat dalam kes yang disiasat maka pihak polis juga mempunyai kuasa dengan memberi jamin polis. Namun sekiranya saspek terlibat dan pihak pendakwaan memberi arahan tuduh
saspek akan dituduh di MAHKAMAH MAJISTRET.

JAMIN DI MAHKAMAH

Kesalahan di bawah 39B dikategorikan sebagai kesalahan yang tidak boleh dijamin. Maka orang kena tuduh akan direman dan ditempatkan di Penjara sepanjang perbicaraan berlangsung dan tidak dibenarkan untuk dijamin.

APA YANG BERLAKU DI MAHKAMAH MAJISTRET

Orang kena tuduh hanya dibaca pertuduhan untuk beliau fahami namun tiada pengakuan akan di ambil. Kebiasaanya kes hanya disebut di Mahkamah Majistret menunggu laporan kimia siap. Perkara lazim yang berlaku adalah kes disebut berbulan bulan lamanya di Mahkamah Majistret kerana laporan kimia tidak dapat disediakan.

DI MANA PERBICARAAN BERLANGSUNG

Sebaik sahaja laporan kimia dan izin diperolehi, kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk proses perbicaraan sebenar. Di sinilah di mana kesemua saksi akan dipanggil untuk tujuan perbicaraan.


Diharapkan perkongsian pendek di atas dapat membantu pembaca sekalian dalam memahami perjalanan kes 39B di Mahkamah.

-PaanDeBoss-
23.8.2019

Comments

Popular Posts