Tahanan LLPK (Siri 2)

Susulan daripada posting saya sebelum ini mengenai prosedur LLPK, ramai pembaca yang berhubung terus dengan saya dan mengajukan soalan kepada saya akan bagaimana hendak membuat rayuan kepada KDN dalam tempoh 60 hari reman dan ada pembaca yang minta saya kongsikan sampel rayuan surat ke KDN,.

Prosedur rayuan dalam tempoh reman tidak sama sekali disebut dalam Akta ADB(LLPK) dan perkara ini sangat subjektif. Sekiranya ada pembaca hendak menghantar surat rayuan ke KDN untuk tujuan rayuan, itu terserah kepada pembaca tetapi saya sama sekali tidak akan membuat apa apa perkongsian sampel berkaitan perkara ini.

Apa yang jelas disebut dalam undang undang berkaitan LLPK adalah setiap orang tahanan diberikan peluang untuk membuat representasi. Apakah itu representasi? Representasi merupakan seakan "pentas" untuk orang tahanan mencabar segala tuduhan ke atas beliau. Representasi juga merupakan tempat dimana orang tahanan boleh kemukakan rayuan untuk kurangkan hukuman misalnya rayu hendak dikenakan perintah sekatan sahaja.

Bagaimana hendak membuat representasi? Representasi boleh dibuat oleh orang tahanan. Namun sekiranya orang tahanan hendak mencabar perintah tahanan 2 tahun, disarankan supaya orang tahanan mengambil khidmat peguam supaya untuk memudahkan proses perbicaraan dan memanggil saksi saksi yang berkaitan.

Sekiranya representasi gagal, apa lagi yang boleh dibuat oleh orang tahanan? orang tahanan masih lagi boleh mencabar perintah tahanan tersebut tetapi kali ini di Mahkamah Tinggi.

Saya berharap agar posting kali ini dapat membantu dan/atau memberi panduan kepada pembaca-pembaca sekalian. Sekiranya ada apa-apa soalan berbangkit daripada perkara boleh terus hubungi atau wassap saya di talian 0123180967. Namun saya sama sekali tidak akan melayan sebarang permintaan sampel atau apa apa contoh dokumen.

Sekian

Comments

Popular Posts