ROGOL vs SUKA SAMA SUKA

Rogol merupakan satu kesalahan yang memperuntukkan hukuman yang berat sepertimana termaktub dalam Seksyen 376 Kanun Keseksaan;-

376(1)= Penjara Boleh sampai 20 tahun dan sebat

376(2)= Penjara Tidak Kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan sebat

376(3)= Penjara Tidak Kurang 8 tahun dan tidak melebihi 30 dan sebat tidak kurang 10 sebatan

376(4)= Hukuman Mati atau Penjara Tidak Kurang 15 tahun  dan tidak melebihi 30tahun dan sebat tidak kurang 10 sebatan.

(Keadaan-keadaan Rogol tidak diperincikan dalam posting ini)




Mutakhir ini terdapat terlampau banyak kes Rogol yang didaftarkan di Mahkamah melibatkan mangsa yang di bawah umur.

Undang undang menggariskan bahawa elemen utama untuk membuktikan kesalahan Rogol adalah berlaku penetrasi. Dalam bahasa yang mudah difahami ialah berlakunya persetubuhan/seks diantara lelaki dan wanita.

Dalam kes rogol melibatkan mangsa yang di bawah umur, antara alasan yang sering dikemukakan oleh tertuduh ialah; tiada paksaan ke atas mangsa dan mangsa bersetuju melakukan seks dengan tertuduh sewaktu kejadian atau dalam bahasa mudah yang difahami SUKA SAMA SUKA.

Sememangnya dalam kes jenayah secara amnya elemen kerelaan mangsa itu penting bagi membuktikan kes terhadap tertuduh namun dalam kes rogol melibatkan mangsa di bawah umur, samada mangsa itu memberi kerelaan atau pun tidak, itu tidak relevan!

Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan menyatakan bahawa jika seorang lelaki melakukan hubungan seksual dengan seorang wanita yang berumur bawah 16 tahun dengan kerelaan atau tanpa kerelaan wanita tersebut, maka lelaki itu dikatakan telah melakukan kesalahan rogol.

(samada kerelaan mangsa dibawah umur dapat digunakan sebagai faktor mitigasi tidak dibahaskan dalam posting ini)

Berdasarkan peruntukan di atas jelas Undang undang negara melarang mana-mana lelaki untuk melakukan hubungan seksual dengan wanita berumur 16 tahun ke bawah tertaktuk kepada Pengecualian dalam Seksyen 375.

(posting ini tidak membahaskan isu perkahwinan perogol dan mangsa di bawah umur)

Namun sekiranya pelaku lelaki itu masih kanak-kanak bawah 18 tahun waima di bawah usia 16 tahun sekalipun (tertakluk melebihi usia doli incapax) dan melakukan hubungan seksual dengan mangsa berumur 16 tahun ke bawah, beliau juga boleh dikatakan melakukan jenayah Rogol.

http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/rogol-bawah-umur-empat-remaja-dipenjara-1.563816

2.6.2018
-PaanDaBoss-





Comments

  1. Hi nk tnya en. Kwn saya kena tangkap atas desakkan ibu bapa perempuan ni. Kes rogol. Kes ni atas suka sama suka. Umur 26thn.. Kawan sy ada voice dgn perempuan tu. Perempuan tu mengaku suka sama suka.. Adakah kes ni boleh di jlnkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kes suka sama suka tiada paksaan,dan bukan bawah umur sukar untuk elemen rogol kesalahan rogol tidak dipenuhi namun itu tertakluk kepada bukti bukti lain yang disiasat oleh io kes. segala soalan lanjut boleh hubungi 01137907690

      Delete
  2. Sy ingin bertanya.. jika kes suka sama suka.. perempuan umur 16 tahun. Dan lelaki 16 tahun, jika ibu bapa si perempuan ingin menarik semula report ke atas ke atas lelaki tersebut .. adakah si lelaki tersebut akan terlepas hukuman? Mohon penjelasan

    ReplyDelete
  3. Saya ingin bertanya.. jika lelaki dan perempuan tersebut berumur 21tahun..tapi mereka sudah terlanjur dan perempuan tersebut hamil.. tapi semua perbuatan mereka ini adalah suka sama suka.. adakah lelaki tersebut bole disabitkn kesalahan atas kes rogol ? Saya tertanya2 tntang ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts