Mengaku Salah vs Minta Bicara
Apabila seseorang dituduh di Mahkamah bagi apa-apa kesalahan, beliau diberi 2 opsyen:-
[1] mengaku salah bagi pertuduhan yang dihadapkan ke atas beliau
atau
[2] minta dibicarakan i.e tidak mengaku salah
Banyak faktor yang harus dipertimbangkan tetuduh sebelum membuat pilihan di atas kerana setiap satu ada kesan dan implikasi yang tersendiri.
[A] Kebaikan dan/atau implikasi mengaku salah
1) Hukuman yang lebih ringan.
tertuduh yang mengaku salah boleh mendapat diskaun hukuman daripada hukuman maksimum sekiranya mengaku salah. NAMUN sekiranya kesalahan tersebut HANYA memperuntukkan hukuman PENJARA dan tiada denda, jika anda mengaku salah sekalipun anda tetap masuk penjara.
2) Kes boleh selesai pada hari yang sama pertuduhan dibacakan
Dalam erti kata lain x perlu naik turun mahkamah yang mungkin mengambil masa berbulan bulan lamanya. NAMUN sekiranya melibatkan kes dadah ataupun pukul (cthnya Seksyen 323 Kanun Keseksaan), pihak pendakwaraya kebiasaannya memerlukan laporan kimia dan laporan perubatan mangsa sebelum jatuh hukum dan hendak dapatkan laporan laporan ini juga mengambil masa.
3) Dibuang kerja oleh majikan
Berdasarkan 2 point di atas, nampak mudah bukan mengaku salah dan kes boleh selesai dalam masa 1 hari?
NAMUN anda harus berhati hati sekiranya anda merupakan penjawat awam dan berkehendak untuk mengaku salah di mahkamah. Sebabnya masalah baru pula yang akan timbul dengan pengakuan salah anda di mahkamah iaitu anda boleh dibuang kerja. Untuk pengetahuan anda, ada no kes tertentu yang dikhaskan di mahkamah bagi penjawat awam. Oleh yang demikian sekiranya anda sudah berkhidmat bertahun tahun lamanya dengan kerajaan dan sayangkan pencen, imbuhan wang gratuiti dan yang lain-lain, lebih baik dapatkan khidmat nasihat dari peguam yang terpelajar sebelum membuat apa apa keputusan.
Ada situasi di mana pihak pendakwaan menawarkan bon jaminan baik bagi tertuduh yang merupakan penjawat awam di mana tidak perlu membayar denda dan/atau masuk penjara. NAMUN sebelum bon diberikan anda MESTI mengaku salah terlebih dahulu di mahkamah. Pengakuan salah ini akan dijadikan asas di Lembaga Tatatertib Jabatan anda kelak untuk menamatkan perkhidmatan anda. Pada ketika itu anda hendak mencabar keputusan Lembaga Tatatertib Jabatan boleh namun SUKAR kerana hakikatnya anda sudah mengaku salah dan semua berada di dalam rekod.
4) Dalam rekod anda mempunyai rekod jenayah
Memang tidak dizahirkan di kad pengenalan atau pun passport anda bahawa anda merupakan pesalah namun untuk masa yang akan datang rekod ini boleh menghantui anda.
Anda berpotensi berada di dalam radar siasatan pihak berkuasa untuk kesalahan kesalahan jenayah yang akan datang walaupun hakikatnya anda tiada kaitan pun dengan kes tersebut.
Bukan sahaja kerajaan, malah sekarang dikhabarkan melalui media massa bahawa syarikat swasta akan melakukan background check terhadap rekod jenayah pemohon sebelum mengambil bekerja. Oleh yang demikian sekiranya anda mengaku salah sudah tentu ini memberikan satu impression yang tidak baik oleh bakal majikan anda kepada anda.
[B] Kebaikan dan/atau implikasi minta dibicarakan
1) Mendapat keadilan yang diidamkan
Ini antara sebab utama tertuduh tidak mengaku salah.
Kenapa harus mengaku salah untuk kesalahan yang kita tidak lakukan, bukan?
NAMUN BEGITU, walau sesuci mana niat anda, lebih bijak sekiranya anda mendapatkan nasihat Peguam Jenayah terlebih dahulu kerana pemahaman anda tentang kes anda berkemungkinan tersasar jauh dengan maksud sebenar undang undang itu sendiri.
Pentingnya mendapatkan nasihat Peguam adalah kerana pertamanya beliau boleh terangkan kepada anda apa risiko dan/atau peluang kes anda sekiranya anda hendak dibicarakan. Keduanya Peguam boleh maklumkan kepada anda trend/ cara hakim yang mendengar kes anda dari sudut keputusan kes kes yang terdahulu dan/ atau hukuman bagi kesalahan yang sama seperti anda. Oleh yang demikian anda boleh mendapat sedikit sebanyak gambaran dan maklumat sebelum anda membuat apa apa keputusan.
2) Bersemuka dengan Pengadu dan mencabar Pengadu.
Seterusnya sekiranya anda memilih untuk dibicarakan, anda berpeluang bersemuka dengan dengan pengadu yang membuat laporan ke atas diri anda dan mencabar keterangan Pengadu melalui Peguam lantikan anda di dalam mahkamah.
3) Perbicaraan akan mengambil masa yang lama.
Hal ini kerana perbicaraan kes jenayah melibatkan banyak pihak dan saksi yang perlu hadir. Sekiranya ada pihak tidak dapat hadir maka perbicaraan tidak dapat dijalankan.
Oleh yang demikian sekiranya anda pilih untuk dibicarakan maka pertamanya hati anda harus cekal naik turun mahkamah menghadiri perbicaraan. Sekiranya di akhir kes dan diputuskan anda tidak bersalah itu tidak bermakna kes anda sudah selesai. Hal ini kerana pihak pendakwaan boleh merayu keputusan tersebut di mahkamah yang lebih tinggi dan anda juga dikehendaki hadir. Perkara yang sama juga akan berlaku sekiranya anda didapati bersalah dan anda tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
4) Jaminan
Mahkamah akan benarkan anda dijamin (bergantung pada jenis kesalahan) sekiranya anda memilih untuk dibicarakan. Jumlah Jaminan di Mahkamah Majistret kebiasaannya tidak terlalu tinggi jika dibandingkan di Mahkamah Sesyen yang boleh mencecah ratusan ribu ( bergantung pada jenis kesalahan). Isu tentang jaminan ini akan sy tulis di entri seterusnya jika saya rajin memandangkan banyak perkara yang terbabit apa melibatkan isu jaminan.
Sekiranya anda tidak mampu membayar jamin, anda akan direman di penjara sehinggalah kes anda selesai.
[C] KESIMPULAN
Apabila anda telah dituduh di mahkamah jangan anda terpengaruh dengan pujukan dan/atau desakan sesiapa untuk anda mengaku salah. Mahkamah berikan hak kepada anda untuk tidak mengaku salah. Pihak yang menyuruh anda mengaku salah sejak anda disiasat dan seterusnya mempunyai matlamat yang tersendiri iaitu untuk memudahkan kerja mereka. Dapatkan khidmat peguam lantikan anda kerana mereka akan berikan nasihat yang memihak kepada diri anda.
Sekiranya anda tidak berkemampuan, dapatkan Peguam YBGK yang anda tidak perlu keluarkan sesen sekalipun untuk mendapatkan nasihat mereka.
24.8.2017
-PaanDaBoss-
Tumpang tanya. Peristiwa ini berlaku pada kawan i baru-baru ini. Kawan i kena ditahan oleh polis hanya disebakan meleraikan suatu pergaduhan yang berlaku dihadapan balai polis. Dia telah direman selama 2 hari selepas dinaik mahkamah . Walaupun tiada seotmrang pun aertakan nama kawan i semasa buat laporan polis .Adakah perkara ini adil ? Hal ini disebabkan kawan i baru sahaja mendapat kerjaya di perkhidmatan awam. Sekiranya terkena semasa buat tapisan keselamatan oleh jabatan berkenaan mungkin dia akan ditamatkan perkhidmatan. Perkara ini sangat menyakitkan. Adakah sebarang penyelesaian dalam perkara ini ?
ReplyDeletehi..
Delete1) Walaupun Pengadu tidak nyatakan nama rakan anda dalam Repot Polis, pihak Polis mempunyai kuasa untuk menahan sesiapa yang DISYAKI terlibat dengan insiden tersebut dan seterusnya membuat Permohonan Reman.
2) Tapisan keselamatan yang anda nyatakan merujuk kepada rekod jenayah lampau. Reman semata mata tidak mensabitkan rakan anda dengan apa apa kesalahan jenayah. Oleh yang demikian tidak usah khuatir dengan ' tapisan keselamatan' tersebut kerana rakan anda belum dibuktikan bersalah di Mahkamah.
3) Peringkat reman adalah peringkat premature untuk apa apa tindakan jenayah. Rakan anda mempunyai opsyen untuk mencabar permohonan reman pihak Polis melalui Peguam lantikan beliau atau menunggu sehingga tempoh reman selesai.
4) Sekiranya rakan anda dituduh di Mahkamah kelak, lantik peguam untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya.
hai...kawan saya ditahan atas tuduhan kes rogol...kata inspektor yg menahan,kawan saya perlu ditahan reman selama 14 hari...boleh kah saya melawat kawan saya atau ikat jamin???apakah yg akan berlaku selpas 14 hari sekiranya bersalah???atau apa akan berlaku sekiranya tidak bersalah.??
ReplyDeleteSalam..nk tanya...sekiranya okt tidak hadir semasa perbicaraan..begitu juga juga dgn org yg membuat report..apa akn jd dgn wang jaminan dan juga okt...adakah akan ada waran tgkap utk okt..ataupun kes ditutup..minta penjelasan
ReplyDeleteMahkamah tidak ambil tahu sama ada pengadu hadir atau tidak...sekiranya tertuduh tidak hadir, pendakwaraya akan membuat permohonan pengeluaran waran tangkap ke atas trrtuduh dan wang jaminan berisiko besar akan dilucutkan oleh Mahkamah
Delete