Penahanan Reman
1. Reman
secara mudah bermaksud menahan seseorang (suspek) untuk satu tempoh yang
dibenarkan Majistret bagi MEMBERI
PELUANG KEPADA PIHAK POLIS UNTUK MENJALANKAN SIASATAN ke atas saspek yang ditahan.
2. Sekiranya
pihak polis membuat tangkapan terhadap anda misalnya, polis hanya berhak
menahan anda dalam tempoh 24 jam sahaja dari waktu tangkapan. Sekiranya
siasatan masih belum siap dijalankan dalam tempoh tersebut, pihak polis MESTI
membawa anda di hadapan Majistret untuk mendapatkan perintah reman.
3. Untuk mendapatkan perintah reman,pegawai penyiasat untuk kes tersebut perlulah mengemukakan alasan-alasan untuk menahan saspek
tersebut dalam tempoh tertentu. Sekiranya alasan-alasan yang dikemukakan tidak
kukuh atau pun langsung tidak dikemukakan, peguam bagi saspek (kebiasaannya
peguam dari YBGK) boleh mencabar permohonan reman tersebut dan memohon
permohonan tersebut ditolak oleh Majistret dan saspek dibebaskan.
4. Adalah
menjadi amalan di Malaysia, saspek di tahan dan/atau direman untuk tempoh
beberapa hari dan terpaksa meringkuk di dalam lokap, walhal dalam tempoh
tersebut polis langsung tidak menggunakan masa sepenuhnya yang diberikan
Majistret untuk menjalankan siasatan terhadap saspek tersebut. Kebanyakan
saspek duduk dilokap berhari hari tanpa berbuat apa-apa.
5. Perkara
begini haruslah dihentikan kerana ia merupakan satu penganiayaan kepada saspek
terutamanya saspek yang sudah bekerja dan mempunyai tanggungan untuk disara.
Harus diingatkan saspek BUKAN pesalah dan belum lagi dibuktikan bersalah dan dia hanya DISYAKI.
6. Terdapat banyak kes, di mana pihak Polis menyalahgunakan perintah reman yang diberikan oleh Mahkamah dengan menyoal siasat saspek secara fizikal untuk mendapat jawapan yang mereka kehendaki. Lantaran itu, terdapat banyak kes yang dilaporkan dalam negara dimana saspek mati ketika dalam tahanan Polis.
a) Kes Dharmendran a/l Naranayasamy:- Simati telah ditangkap pada 21/05/2013. Simati telah rebah pada hari yang sama dan simati telah dihantar ke Hospital di mana kemudiannya pihak Hospitall telah mengesahkan kematian si mati.
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan telah membuat siasatan terhadap kes ini dan membuat penemuan bahawa kematian si mati adalah disebabkan penggunaan "physical force" oleh pihak polis terhadap simati ketika simati ditahan.
(Rujukan:http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/eaic-police-officers-beat-dharmendran-to-death-during-violent-interrogation)
b) Kes Kugan Ananthan
c) Kes Ganapathy
Berikut adalah soalan yang sering ditanya oleh ahli keluarga saspek atau saspek sendiri berkenaan dengan reman.
1)Boleh atau tidak saspek dijamin sewaktu berada dalam tahanan polis
atau pun sewaktu dalam tahanan reman
Sekiranya saspek ditahan dan disiasat atas kesalahan di bawah Kanun Keseksaan ataupun mana mana Akta selain daripada Akta Penagih Dadah, saspek tidak boleh dijamin.
2)Berapa lamakah pihak polis boleh menahan reman saspek?
Mengikut peruntukan undang-undang paling lama 14 hari [di bawah Kanun Acara Jenayah] kecuali melibatkan undang undang preventif seperti direman di bawah Akta Dadah Berbahaya [LLPK] atau pun Akta Pencegahan Jenayah. Namun menjadi amalan pihak polis menjalankan tukar gari sekiranya siasatan gagal disiapkan dalam tempoh 14 hari ini. Ahli keluarga saspek disarankan mengambil khidmat peguam sekiranya ahli keluarga ditahan untuk tempoh lebih 14 hari supaya permohonan reman lanjut oleh pihak polis di hadapan Majistret dapat dicabar oleh Peguam.
Entri ini secara ringkas menerangkan proses reman. Saya akan update sekiranya ada penambahan maklumat.
salam.. sy nk tnya.. sekiranya report yg d buat oleh mangsa telah di tarik.. adakah tahanan boleh dilepaskan atau masih perlu di jamin
ReplyDeleteIsteri saya dah pun d reman d lokap 14 Hari selepas itu d reman lagi Kat penjara.. Bila saya nk melawat isteri saya bermacam macam saja Alasan di berikan pihak penjara. Ada sewaktu itu pihak polis menyuruh saya buat laporan polis Sebab saya sebagai suami ada Hak untuk melawat isteri saya. Yg. Saya hairan reman isteri saya Sampai sekarang belum lagi habis.saya ada 2anak masih kecil yg. Slung umur 3tahun yg. Kedua 2 tahun Hari2 menangis Nak tengok mak Nya Dan buat masa ini isteri saya mengadung 6 bulan. Jdi saya nk penjelasan apakah reman yg. Begitu lama terhadap isteri saya tlg komen
ReplyDeleteSekiranya isteri saudara direman di penjara, besar kemungkinan isteri saudara sudah dituduh di Mahkamah dan direman sementara menunggu kes di Mahkamah selesai. Kebiasaannya sekiranya orang yang dituduh di Mahkamah tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan, proses perbicaraan akan memakan masa beberapa bulan dan boleh ambil bertahun sekiranya melibatkan kes-kes yang berat. Sekiranya isteri saudara dituduh di Mahkamah untuk kesalahan yang boleh dijamin, saudara boleh melalui peguam membuat permohonan di Mahkamah agar isteri saudara di beri kebenaran untuk dijamin sementara menunggu kes di Mahkamah selesai dan tidak perlu direman di penjara.
Deletesalam..nak tanya sikit..tahanan yang direman di penjara masih boleh dijamin ker walaupun tahanan sudah lebih seminggu ditahan selepas pertuduhan dibacakan..?atau tahanan masih boleh dijamin pada bila2 masa sebelum tarikh untuk dihadapkankan kembali ke mahkamah untuk pertuduhan..
ReplyDeletewasalam...bergantung kepada pertuduhan...sekiranya dituduh utk kesalahan yang berat misalnya bunuh Sek 302KK, sek39A(2), Sek 39B Akta Dadah Berbahaya...mmg x boleh dijamin sehingga bicara kes selesai...sekiranya dituduh atas kesalahan yang boleh dijamin okt boleh dijamin bila bila masa selepas pertuduhan dibacakan atas kebenaran mahkamah
Deletesalam..nk tanya..apakah hak2 org yg di thn reman..adakah tahanan reman boleh di lpskan slps tempoh reman habis..
ReplyDeletehak hak org yang ditahan reman atau oyds adalah antaranya beliau diberi kebenaran untuk diwakili peguam dan penahanan beliau harus dimaklum kepada ahli keluarga..sekiranya tempoh tahanan reman tamat polis boleh melepaskan oyds dgn beri jamin mulut..atau sekiranya ada kes yg kukuh dan polis mendapat arahan tuduh darp pendakwaraya, oyds boleh dituduh di mahkamah
Deletenak tanya, semasa tempoh reman di lokap balai polis.. boleh melawat tau tak? pelawat boleh bawak makanan untuk OKT tak?
ReplyDeletetertakluk kepada budi bicara pihak polis
DeleteAssalamualaikum... Sya nk tnya sedikit soalan berkenaan pesalah yg di riman di penjara jika bayaran jamin di kiosk pembayaran mahkamah pada hari ini ada kah pesalah akan di bebas hari ini juga
ReplyDeleteAsalamualaikum , saya nak tanya . Jika kita nak melawat okt , mmg masa diberi hanya 15minit saja ke ?
ReplyDeleteAssalammualaikum..saya nak tanya..jika OKT dipukul semasa didalam tahanan reman lokap (IPD) sehingga mendatangkan kecederaan serius dibahagian telinga sehingga pekak sebelah telinga (kiri),bagaimanakah cara-cara atau prosedur untuk membuat laporan berkenaan perkara ini..? Apakah dokumen-dokumen yg diperlukan & sebagainya..mohon penjelasan tuan..terima kasih..
ReplyDeleteWaalaikumsalam...perkara pertama yg pling penting adalah membuat satu laporan polis berhubung kecederaan yg dialami sewaktu tahanan..kebiasaannya sejurus selepas laporan dibuat,mangsa akan dibawa hospital utk pemeriksaan....sekiranya tiada apa apa tindakan susulan yang dibuat ...saudara boleh membuat laporan berkenaan Salah laku anggota polis kepada suruhanjaya integriti ....sekiranya saudara mahukan ganti rugi terhadap kecederaan yg dialami, adalah wajar memfailkan saman sivil terhadap mereka yg terlibat..sekian
DeleteSaya nak tanya, kalau kena tangkap positif narkotik berapa hari kena tahan
ReplyDeleteSalam sy nak tnya.. suami sy ditahan kerana disyaki mencabul anak saudara bawah umur.. Dlm Kes ni, report sudah di tarik kerana mgsa sndiri mngaku tidak diperlakukan apa2 oleh suami. Mereka ditahan oleh peronda MPV Dan mngikut cerita anak saudara sy yg merupakan mgsa, dia telah diugut.. sy at taknk bcerita pnjg disini sbb sy yakin suami sy dianiya.. mengikut cerita anak saudara. Jadi apa tindakan yg sy perlu buat.. suami Masih dlm tahanan. Sudah seminggu. Dimanakah sy nak dptkan nasihat guaman. Kalau lihat dri report anak saudara mmg jelas2 suami dianiaya.. anak saudara depresi Dan Tak boleh jawab exam upsr sbb Rasa bsalah dengan pakciknya. Kami skeluarga sudah lama mnjaga anak saudara. Dari kcil.. Hingga skrg. Suami sy sakit.. Dan Masa sy jmpa suami dlm tahanan dia terpaksa mngaku kerana dipukul.. sy terfikir.. kenapa buat org awam mcm tu. Anak saudara sy nmpak malam kejadian ditangkap suami sy dipukul.. passport suami lengkap bercop, lesen memandu cantik.. anak saudara diugut utk buat laporan palsu. Dan Yang nyatanya semasa anak saudara buat laporan keluarga Tak seorang pun dipanggil.. adakah sbb suami sy warga asing lalu dilayan mcm ni.. Mana keadilan? Apabila report ditarik Oleh bapa mgsa, iaitu abg sy, pegawai yg menyiasat seolah2 memprovoke tindakan kami. Jadi at mntak tuan tolong bagi jalan mcmana at nak selesaikan Kes ni
ReplyDeleteWasalam Puan..byk isu yang Puan highlightkan di sini. Pertama ttg tarik repot, sekiranya benar repot telah ditarik, sy x lihat apa app keperluan untuk pihak polis tahan reman suami Puan lebih lanjut.
Deleteisu kedua ttg dipukul, sekiranya ada saksi yg lihat kejadian tersebut sy sarankan repot polis dibuat berhubung insiden tersebut.
Untuk mendapatkan penjelasan tentang isu isu lain, Puan boleh hubungi sy di 01137907690 untuk nasihat percuma.
assalamualaikum...saya nak tnya...mcmn pula tahanan reman drpd pihak sprm ke atas pgwai knan/anggota polis...? dmna ka tahanan reman itu dilakukan..adakah d lokap ipd atau d sprm..?
ReplyDeletePermohonan reman yg dibuat oleh sprm menggunapakai prosedur yg sama spt di bawah Kanun Acara Jenayah. SPRM mempunyai lokap mereka sendiri dan saspek akan ditempatkan di lokap sprm sepanjg tempoh reman.
DeleteSalam tuan. ..Sy ada seorang kawan di tangkap ..Dan skg di tahan reman selama 14 hari .. Kesalahan beliau tiada dokumen ...Adakah cara lain bole di buat untuk membebaskan beliau? CthnyaCthnya membuat rayuan atau di jamin ....Mohon pencerahan ..
ReplyDeleteLamanya kesalahan tiada dokumen smpai 14 Hari..en pasti ke kesalahan tu tiada dokumen.slalunya reman 14 Hari (7hari+7 Hari) hanya bagi kesalahan berat pukul/bunuh/esar dadah.reman x boleh jamin encik.apa yg en boleh buat ialah lantik peguambela utk cabar permohonan reman.
DeleteSalam saya nak tumpang tanya,jika seseorang tu ditahan reman dgn kes yg baru di buat,adakah pihak polis akan cek rekod lampau dia contoh dari segi saman yg tak dibayar sehingga sudah keluar waran tangkap..tetapi saman dan waran tangkap tu dah mencecah 6tahun..tolong bagi saya pencerahan cik..
ReplyDeleteWasalam ..sudah tentu apabila saspek dtangkap dan direman polis akan menjalankan background check terhadap saspek...jadi ya segala rekod kesalahan lampau ada dinyatakan dalam rekod.cumanya terdapat perbezaan kesalahan jenayah dan kesalahan saman.sekiranya ada kesalahan waran tangkp lanjutan drp saman yg belum dijelaskan.en hya perlu byar jumlah saman yg berkenaan di jabatan yg berkaitan.
DeleteSemasa suspek akan dibawa ke mahkamah,perlukan ahli keluarga untuk hadir ke?dan nak tau adakah tempoh bayaran jaminan perlu dibuat dalam masa 1hari selepas jatuh kompaun? Saya nak minta pandangan encik,situasi: suspek tiada niat nak mencuri tapi dalam 1masa dia ada jumpa handfon tetapi tiada orang semasa tu,jadi dia ambil dan tidak berlaku jujur yang sepatutnya..jadi owner HP dah buat report dan tangkapan sudah pun di jalankan terhadap suspek..ni cas kes jenayah mencuri..adakah kes ini berat sehingga suspek boleh di penjarakan??
DeleteSila hubungi 01137907690 untuk nasihat percuma
DeleteAssalamualaikum tuan, saya nak tanya, siapa lagi selain majistret / hakim yg layak memberi kuasa tahanan reman?
ReplyDeleteTimbalan pendaftaran...penolong kanan pendaftar
DeleteBoleh tak sy melawat kawan sy yg direman akibat dituduh mencuri?
ReplyDeleteMengikut budi bicara pihak polis yang menahan kawan encik.
DeleteAssalamualaikum tuan sy nak bertanya kan soalan berkenaan tahanan aadk. Adik sy telah ditahan oleh aadk baru2 di kuala lumpur kesalahan kali pertama adakah boleh dijamin sekiranya boleh dijamin boleh ke sy mohon ps utk adik sy dan boleh ke dia di pindah kn ke kedah mohon penjelasan
ReplyDeleteSewaktu reman boleh dijamin utk kes aadk
Deletesalam..nak tanya..saya sedang membuat kajian berkenaan tahanan dalam polis.bagaimana ye untu k saya dapatkan statistik..
ReplyDeleteSalam.. suami sye ditangkap dengan AADK di johor, skrg direman di lokap tampin, dah seminggu blom naik mahkamah dan dijatuh hukum. Sye nak tahu sama ada sye boleh jamin suami sye atau tidak ye?
ReplyDeleteReman aadk boleh jamin
DeleteSaya nak tanya dengn minta nasihat tuan
ReplyDeleteTuan ,calon suami saya di tuduh kes pencurian di kilang beliau.
Dia disyaki sebagai pencuri dengn 2 orang lain .
Calon suami saya ,masa kejadian pencurian barang kilang tu
Hanya didapati gambar cctv berjalan di sekitar 2 orang itu mempeking barang yang hendak di curi . Tapi rekan saya ta menyentuh lansung barang tersebut
Tapi tuan di sebabkan dia berada dalam gambr berjalan kat cctv tersebut .
Dia sekrang di reman sudah 4 hari dari 6hb decembr 2018
Tuan ..macam mna yang kena kami perbuat selama dia di reman ?
Jika rekan saya di tuduh oleh 2orng tersebut terlibat ,
Bagaimna pembelaan kami sebagai famly ?
Apakah harus meminta bantuan peguam ?
Dan bila rekan saya tidak didapati bersalah .
Apakah kita bisa menuntut balik kilang tersebut ats pencemaran nama baik
Karna,telah dirugikan dengan masa reman ?
Mhon nasehat dri pada tuan v😔
Assalamualaikum ..
ReplyDeleteTuan, soalan saya bolehkah tahanan reman di buat kerana tidak dapat menjelaskan tuntutan hutang oleh pihak bank kerana tidak hadir ke mahkamah
Tidak boleh..reman hanya boleh bagi kes jenayah....
Deleteselamat tghari.. suami kwn saya ditahan reman ats sebab memukul penyamun yg waktu itu kebetulan ada di tempat kejadian..report da dibuat org yg disamun..penyamun buat report dia dipukul ..tak dituduh dan dilepaskan selepas 3 hari ditahan 2 ari kemudian dapat panggilan suruh hadir ke mahkamah utk dituduh dan diugut jika tak datang waran tangkap dikeluarkan..saya tak paham dan kurang jelas hal ni memang boleh sesuka hati mcm tu ke tuan..mohon sangat bantuan dan penjelasan
ReplyDeleteSewaktu dilepaskan dari reman kebiasaannya polis beri jamin mulut..dan akan tertera dlam surat tarikh yg perlu hadir ke mahkamah...itu bukan ugutan, memang waran boleh dikeluarkan sebab saspek telah berakujanji untuk hadir ke mahkamah pada masa akan datang.
DeleteSuami baru ditangkap polis kerana dadah.. Ini tangkapan kedua.. Tangkapan pertama pada hmpir 2 tahun lepas.Dia masih dalam pengawasan aadk dan polis 2 tahun.. Soalan saya. Bole ke dia di jamin dalam tempoh tahan reman?
ReplyDeleteSalam. Tunang saya , di katakan di tahan atas kesalahan merompak berkumpulan dengan senjata. Sepatutnya tarikh bicara selepas di reman 14 hari, yg di bagitau I.O kepada saya adalah 18 /01 ,suddenly move to 17/01 without getting updated dari I.o. Since 1st reman till bicara, i.o xnak bagitau apa2 .. saya dpt call dari org awam tentang ubahan tarikh bicara dan bila saya check dkat counter mahkamah, okt semua sudah di bebaskan.
ReplyDeleteTapi sekarang ,meraka smua kena tangkap lagi , untuk kes pemerasan, di balai polis lain, IPD . Sekarang dia kena reman lagi 7 hari dan terus POCA ..direct selepas 1 hari bebas dari 14 hari di reman.tanpa apa2 info rasmi dari i.o yg handle kes baru ini.
Saya rasa sesuatu yang x kena dgn smua ini.. kerana last Friday , saya memohon kepada i.o untuk memberi surat kebenaran berjumpa OKT , dan i.o itu setuju. Dia suruh saya dtg ambil dari polis wakil dekat balai polis yg berlainan ,pada hari sabtu, keesokan harinya. Saya memohon hari Isnin tapi dia bkeras juga saya mengambil hari Sabtu. When i reach there , polis wakil itu memberitahu yg ada ahli keluaga OKT lain dtg dan bagitau dia akan tlg bagi dgn saya padahal bila saya tanya keluarga okt yg lain, takda sorang pun yg ambil. Jadi saya coba call i.o tentang hal itu tapi since hari tu smpai hari ini dia x answer call or whatsapp saya .
Apa patut saya buat Encik?
Boleh kah tahanan reman di lawat ahli keluarga?
ReplyDeleteSalam , saya nak tanya kalau suami saya ditahan oleh pihak aadk untuk kali pertama apakah boleh jamin mulut.. Tempoh reman 14 hari.. Apakah selepas habis tempoh reman dia dibebaskan.. Atau macam mana yaa..
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan. . Sya nak tanya . . Jika nak ikat jamin seseorang selepas habis perbicaraan ...adakah mereka meminta dokumen penjamin seperti ;
ReplyDelete1) slip gaji penjamin ( mereka minta dua penjamin dan memerlulan penjamin yg ada slip gaji
2) kad pengenalan utk dua orang penjamin
3) bil elektrik penjamin
Adakah memerlukan dokumen sebegini ?
ReplyDelete1) slip gaji penjamin ( mereka minta dua penjamin dan memerlulan penjamin yg ada slip gaji
2) kad pengenalan utk dua orang penjamin
3) bil elektrik penjamin
Satu org tahanan aadk
hai. saya nak tanya. kawan sy kena reman di penjara atas kod 503. bicara 8/4/2019. soalan sy sblm tempoh bicara tu boleh ke sy melawat beliau? kalau sy nk ikat jamin sblm tarikh bicara boleh ke? susah ke procedure dia ? please jawab urgent
ReplyDeletesalam cik.. selepas reman 3 hari.. tiba hari pertuduhan.. kenapa majistreet tak panggil nama sy.. utk dakwaan.. lepas tu terus polis bawa ke balai.. utk jaminan polis.. adakah sy didakwa.. atau tidak. .? please hrp admin boleh bagi jawapan secepat mungkin.. tq
ReplyDeleteHye Tuan.. Pihak polis perlu bagi apa2 surat atau tidak kepada keluarga Tahanan LLPK.. Sepanjang tempoh reman 60hari Polis. . Tiap2 hari khamis sy pergi melawat OKT di Balai.. Io takda bagitahu pun sebab2 kesalahan.. 22.1.2019 OKT kena tangkap d rumah, polis dtg tak tunjuk kad kuasa..barang2 bukti tiada.. Selepas bawa ke balai.. Polis takda call info waris. polis bawa pergi Mahkamah. Saya yg call IPD sambungan ke Nrk0tik tanya pasal tgkapan tu.. Polis cakap urin..boleh pergi jamin. Saya tunggu call, 24.1.2019 tetiba Polis call bagitahu kena tahan 60hari.. Dalam report tgkapan polis,23.1.2019 ditangkap di hadapan pej pos.. Sedangkan OKT bgtahu dia digari tangkapan semula dlm Ofis IPD narkotik.. Hari ke 28 saya ada terima 1 panggilan dari seseorang dia bagitahu dia org tengah dari pihak Polis.. Pegawai suruh dia call saya minta duit 25k untuk bebaskan Tahanan..Disebabkan tak bagi duit tu. 28.3.2019 OKT dihantar ke Batu Gajah.. Harap Tuan balas komen saya dan bantu sy apa perlu sy buat. Kesian anak kecil umur 1tahun.. Perlu kasih sayang seorg bapa😢
ReplyDeleteAbang saya ditahan oleh pihak polis dan dh nk masuk 3 minggu dye ditahan, dan bile bertanya dgn polis dimana abg saya berada, polis kata dye di balai nilai, dan apabila ditanya lagi polis tersebut berkata bahawa abg saya dibalai polis yg lain, sehingga skrg abg saya masih bertukar balai.. Adakah abg saya dikira roadshow? Dan ape yg patut saya lakukan untuk membebaskan abg saya.. Kerana dah nk masuk 3 minggu dye ditahan tanpa khabar berita, dan pihak polis juga tidak memaklumkan apa apa.. Kepada kami..
ReplyDeletesalam nak tanya..apa beza term orang yang disyaki (OYDS) dan orang kena Tahan (OKT)
ReplyDeleteAssalamualaikum,saya nak tanya jika seseorang warga asing tinggal lebih masa,kemudian di tahan reman di penjara boleh kah dijamin
ReplyDeleteSlmt ptg.. boleh tolong jelaskan apa.maksud reman 259
ReplyDeleteSlmy pgi tuan..isteri sya warga indonesia .di tahqn reman 14 hari..procudermcm mna
ReplyDeleteSalam tuan, saya lihat webpage tuan begitu banyak pertanyaan dari orang awam berkaitan dengan kes dan prosedur undang undang. Melalui gambaran orang awam yang bertanya, mereka betul betul memerlukan pandangan dan nasihat dari tuan memandangkan tuan sepertinya begitu arif dengan undang undang. Saya mohon tuan agar sehabis boleh tolong la kalau dapat jawab semua pertanyaan mereka. Mereke juga punya hak untuk bertanya kerana kadang kadang mereka tiada tempat untuk bertanya dan ada yang tidak berkemampuan untuk merujuk kepada peguam kerana kita tahu bayaran pemula peguam macamana. Semoga niat ikhlas tuan dapat membantu mereka dan semoga Allah saja dapat membalas jasa tuan. Terima kasih tuan.
ReplyDeleteSuami saya Di tahan kerana pukul saya sebelum ini.boleh ke saya menarik balik report.dan juga repot semalam saya diminta untuk menunggu sehingga mahkamah.semalam saya menerima Surat daripada polis mengatakan saspek telah ditangkap untuk siasatan.boleh ke saya membuat tarikan repot polis
ReplyDelete