Menarik Aduan yang sudah dibuat
Mana mana individu di negara kita berhak membuat repot polis tidak kira warganegara Malaysia ataupun tidak. Tindakan susulan akan dibuat oleh pihak polis untuk menyiasat repot anda.
Sekiranya siasatan lengkap dan pihak polis mendapat kebenaran tuduh oleh pihak pendakwaraya, pelaku akan dituduh di Mahkamah.
Namun salah satu isu yang sering kali timbul apabila sudah sampai di peringkat pertuduhan di Mahkamah ialah:-
Bolehkah Pengadu menarik balik report yang dibuat ke atas Pelaku?
Seperti mana yang dinyatakan di atas semua org berhak buat report, jadi secara teknikalnya anda boleh buat repot untuk menarik repot polis anda yang terdahulu. NAMUN itu tidak secara otomotik membuatkan pertuduhan ke atas tertuduh di Mahkamah DIGUGURKAN.
Pihak pendakwaan berhak untuk meneruskan kes terhadap Perlaku (tertuduh) sehingga kes selesai walaupun anda sudah menarik repot anda yang terdahulu. Dan anda juga boleh disapina untuk menjadi saksi pihak Pendakwaan dan duduk di kandang saksi beri keterangan menentang tertuduh. Apabila anda sudah terima sapina..maka anda wajib hadir di mahkamah.
Jalan yang terbaik yang ada ialah melantik peguam untuk tujuan perbincangan dengan pihak pendakwaraya untuk menarik kes tersebut di Mahkamah.
Secara ringkasnya, apabila sudah memasuki peringkat pertuduhan di Mahkamah, untuk menarik kes tidak semudah a b c, kerana kes tersebut secara rasminya melibatkan banyak pihak iaitu Hakim yang mendengar kes dan timbalan pendakwaraya dan untuk makluman anda, anda tidak berhak menghalang pihak pendakwaan untuk meneruskan kes terhadap tertuduh walaupun anda sudah tarik balik repot anda kerana itu ada adalah kuasa Pendakwa Raya seperti mana dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.
SEKIRANYA BELUM LAGI MASUK PERINGKAT PERTUDUHAN DI MAHKAMAH dan Pelaku/suspek masih dalam tahanan reman atau belum lagi ditangkap..anda masih boleh repot tarik repot terdahulu dan seterusnya bergantung kepada Pegawai Penyiasat untuk teruskan siasatan atau pun tidak.
KESIMPULAN
Sebelum anda membuat keputusan untuk buat repot polis, fikir sedalam dalam samada anda boleh beri komitmen tentang aduan yang telah dibuat. Anda bukan sahaja dikehendaki membantu pihak polis tetapi juga hadir di mahkamah sebagai saksi.
Sekiranya anda buat repot dan selepas itu anda menukar fikiran untuk tidak meneruskan kes, fikir bahawa pihak polis terutamanya telah terkejar kejar menghabiskan masa untuk menyiasat kes anda dari merakam percakapan semua saksi, minta perintah reman, tgkap gambar dan sebagainya.
Oleh yang demikian sekiranya anda ingin menarik repot yang dibuat, lakukan dengan kadar yang segera dan jangan tangguh hingga mengambil masa dan tenaga semua pihak.
PaanDaBoss
24.8.2017
Maaf tuan..sy nk tanya bgaimana pula jika report ditarik slps dh dijatuhkn hukuman dan brada di penjara..adakah hukuman tetap brjalan walaupum ditarik?
ReplyDelete